Background 1

Friday, January 16, 2015

Online Shopping

Rata-rata sekarang orang semua sibuk dengan online shopping. Same goes with me, kengkangan kerja buat aku tak de masa nak keluar bershopping like before. Sekarang aku semua online.. jimat masa dan tenaga...  lets me list it down for you my favorite one... hehehe

Poplook | website  http://poplook.com
Ini one of my favorite. Poplook ada menyediakan pakaian wanita yang trending dan berquality. Dari pakaian pejabat, baju kurung, jubah, dress, shirt dan lain-lain... Trusted and fast  delivery. Normally ini spot aku kalau nak shoping blouse untuk kegunaan pejabat.



ShawlByVSnow | website www.shawlbyvsnow.com
Website ni pulak favorite spot aku kalau nak cari shawl. Boleh dikatakan 90% dari collection shawl aku datangnya dari butik online nie. Harga shawl kat butik ni amat berbaloi, dari serendah RM28 sehelai.. sesuai untuk casual atau office wear. ShawlByVSnow juga ada menyediakan shawl yang lebih outstanding dan glamer khas untuk majlis makan malam... 



Muslimah Clothing Couture | website www.muslimahclothing.com
Kalau nak cari jubah atau dress yang chantek sila lah ke Muslimah Clothing Couture... Jubah dan dress kat website memang terbaik... Selain jubah, butik ini juga ada menjual skirt dan blouse muslimah pada harga yang berpatutan. 


Groupon | website www.groupon.com.my
Yang ni lagi terbaik. Kira macam one stop centre, apa nak semua ada... dari baju, jam, voucher, pakej penginapan, barangan bayi, mainan, alat make-up dan lain-lain. Harga groupon memang jauh lebih murah dari di kedai... itu yang membuatkan groupon istimewa. Ada satu kekurangan groupon yang aku notice, uncertainties delivery... kadang kadang awal, kadang kadang lambat. Tapi tak pernah lah pulak langsung tak sampai.


Sebenarnya banyak sangat lambakan online business di Malaysia. Ini hanya sebahagian daripadanya. Masih ada lagi di kalangan kita yang tidak percaya pada online shopping... to them tak salah mencuba sebab bukan semuanya penipu... make sure buat sedikit research dulu sebelum membeli...

Happy Shopping All!!!!

AJL Ke-29


Anugerah Juara Lagu yang ke-29 bakal berlangsung pada  18 Januari 2015 ini bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil. Seperti biasa ramai yang ternanti-nati siapakah bakal menjadi juara AJL Edisi ke-29 pada tahun ini. Nie senarai penuh finalis AJl ke-29..

  • Di Pintu Syurga - Dayang Nur Faizah
  • Romancinta - Mojo
  • Gadis Jolobu - Datuk Hattan feat Waris
  • Lelaki - Yuna
  • Percayalah - Indah Ruhaila
  • Gila - Stacy
  • Sesal Separuh Nyawa - Alyah
  • Rentak Laguku - Bunkface feat Amy Search
  • Matahari - Hafiz
  • Apa Khabar - Joe Flizzow dan Sonaone
  • Malaikat - Hazama
Personally,aku harap hazama menang - lagu malaikat tu memang best.. jom kita layan..


Akta Persaingan 2010

Pernah dengar pasal Akta Persaingan? Apa tu Akta Persaingan? Sebagai pengguna kita perlu ambil tahu tentang kewujudan Akta ini... Lets us go through the Act... 


Apakah Akta Persaingan 2010?
Akta ini digubal oleh Parlimen Malaysia pada bulan Mei 2010 dan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2012. Ia dilaksanakan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), yang ditubuhkan di bawah Akta Persaingan 2010. Akta ini bertujuan untuk meningkatkan:

  • kebajikan pengguna
  • amalan perniagaan
  • pembangunan ekonomi.
Akta ini melarang perusahaan dari terlibat dalam dua bentuk perlakuan iaitu perjanjian persaingan dan penyalahgunaan kedudukan dominan.

Apakah Perjanjian Yang Dianggap AntiPersaingan oleh AP2010?
Sebarang perjanjian sama ada mendatar atau menegak yang mempunyai matlamat atau kesan meghalang,mmeyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan adalah satu pelanggaran AP2010. Ada beberapa perjanjian yang di anggap lebih serius oleh AP2010. Perjanjian mendatar berikut dianggap mempunyai matlamat untuk mengurangkan persaingan dan dengan itu adalah DILARANG:

  • menetapkan harga barang 
  • berkongsi Pasaran atau punca bekalan
  • membataskan atau mengawal pengeluaran
  • tipuan bida
Perjanjian tersebut adalah dilarang bagi menjaga hak-hak pengguna untuk mendapatkan harga barangan yang lebih baik daripada peniaga.       

Penetapan Semula Harga Barangan
AP2010 melarang penetapan semula harga. Salah satu cara harga ditetapkan ialah apabila pengeluar menentukan harga barangan yang boleh dijual oleh pembekal. Dengan itu peruncit tidak mempunyai kebebsan untuk mengubah harga yang ditawarkan kepada pelanggan (Penetapan Harga Jualan Semula). Sekiaranya penetepan semula harga barangan itu mempunyai kesan antipersaingan, ianya dianggap sebagai melanggar keperluan AP2010.

Apakah Penyalahgunaan Kedudukan Dominan?
Ap2010 tidak menghukum sesebuah perusahaan kerana kedudukan dominannya. Ia hanya melarang mana mana perusahaan dengan sendirian atau secara kolektif bersama perusahaan lain terlibat dalam perlakuan yang berupa penyalahgunaan dominan. Sebagai contoh:
  • Diskriminasi Harga (terutamanya kepada pengusaha kecil)
  • Berkelakuan seakan pemangsa terhadap pesaing
  • Enggan untuk membekalkan
  • Jualan Terikat
  • Membeli barangan atau sumber yang terhad.
Kesemua perlakuan ini sengaja dilakukan untuk memaksa pesaingnya terkeluar daripada pasaran supaya perusahaan dominan itu boleh terus menguasai pasaran dengan beberapa peniaga atau pembekal. Dalam keadaan ini, perusahaan dominan itu akan bebas menetapkan harga serta terma dan syarat pengedaran dan jualan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Akta Persaingan 2010, sila layari laman sesawang Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) di www.mycc.gov.my. 


Thursday, January 15, 2015

Back To School

Murid-murid dah melangkahkan kaki ke sekolah semula selepas lebih sebulan bercuti... Guru-guru pun dah mula mengajar semula... Ibu bapa sibuk menunggu anak-anak yang baru bersekolah tahun 1... Ibu bapa yang anak-anak mula melangkahkan kaki ke sekolah akan mula mendengar perkataan KSSR... Ha, sudah... apa benda lak KSSR tu... Sedikit maklumat yang boleh saya kongsikan pasal KSSR.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. 

Mata Pelajaran Yang Ditawarkan Untuk Tahap 1 (Pelajar Tahun 1,2,3)

  • Bahasa Malaysia
  • English
  • Matematik
  • Sains & Teknologi
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Kesihatan
  • Pendidikan Jasmani
Mata Pelajaran Yang Ditawarkan Untuk Tahap 2 (Pelajar Tahun 4,5,6)

Sebahagian Buku Teks Untuk Tahun 5
  • Bahasa Melayu
  • English
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Islam
  • Sejarah
  • Pendidikan Muzik
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Reka Bentuk & Teknologi
  • Pendidikan Kesihatan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Jasmani
My son, merupakan batch pertama yang ambil KSSR nie. KSSR dah berlangsung selama 5 tahun (means anak ai dh darjah 5 lah kan)... Personally aku rasa agak berat jugak untuk anak-anak ni nak bawak semua subjek... Lagi banyak dari subjek yang ibu amik kat UKM... 

To all parents out there... mengajar anak juga tanggungjawab kita. Bukan guru semata-mata.... Walau sesibuk mana pun kita, take a minute untuk tengok pelajaran anak-anak...




Sunday, January 11, 2015

Bukan Hanya Sekadar Berkata-kata


Maksudnya : " Sesungguhnya orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap di atas jalan yang betul, turunlah kepada mereka malaikat dengan berkata: Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. "

(Surah Fussilat : 30)

Keterangan :

1. Ayat di atas menyatakan kepada kita agar perlunya diseiringkan antara iman dan amal yang berterusan di samping tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam walau apa jua keadaan.

2. Allah telah menjanjikan syurga bagi orang-orang yang beriman kepada-Nya serta melaksanakan segala perintah secara konsisten dan tidak hanya bermusim, ibarat lalang yang ditiup angin.

3. Ingatlah bahawa iman bukan sekadar dengan kata-kata, dan Islam bukan sekadar hanya pada nama, akan tetapi yang paling penting adalah pengamalan ke atas segala suruhan Allah kerana yang paling tinggi nilainya disisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara konsisten serta sentiasa istiqomah berada di jalan Allah.

WALLAHU A`LAM.

Whatsapp


Sapa tak kenal aplikasi whatsapp ni kan.. infact mak-mak kita pun dah pandai 
berwhatsapp.. tidak dinafikan, banyak kelebihan whatsapp nie... cuma kelebihan tersebut cenderung disalah guna nampak gayanya.. Berikut ada lah sedikit nasihat dan peringatan buat kita yang rajin berwhatsapp.

  • Whatsapp boleh tapi jangan sampai lupa tangunggjawab sebagai pekerja, suami, isteri, anak, hamba Allah - Jangan sampai melalaikan
  • Jangan sebar berita yang tak betul - banyak sangat dah information yang tak tepat disebarkan di whatsapp... dari kes MH370 sehinggalah ke kes banjir besar di Pantai Timur.
  • Untuk yang bergroup whatsapp plak, jangan lah sampai group tu dijadikan medan menambah dosa yer... mengumpat orang sana sini - Itu namanya umpatan cara moden, tambah dosa free.
  • Tolong lah, jaga privasi ahli group yang lain yer... hanya information yang perlu sahaja, bukan yang mengarut - Maaf bukan tak suka, tapi kita kena fikir hak privasi orang lain jugak...
  • Hati-hati berwhatsapp nie, boleh jadi zina siber jugak... sila jaga batas pergaulan ketika berwhatsapp ya...
Gunakan aplikasi ini sebaik dan sebijak mungkin, teknologi tak salah... kita pengguna yang banyak menyalah gunakan teknologi masa kini... Cukup lah sedikit nasihat dan peringatan buat kita yang terlupa... peringatan buat diri sendiri jugak nie... Yang teramatlah giler berwhatsapp... hehehe

Renung-renungkan dan selamat beramal...

Kenangan 2014

Hampir 11 hari 2014 meninggalkan kita... Welcome 2015, tapi kenangan 2014 tidak dapat dilupakan. Tahun 2014 sesungguhnya adalah tahun yang penuh dugaan... 

Kronologi 2014 dari kaca mata kehidupan saya insan kerdil

Januari 2014
Kami di Compliance, Etiqa terpaksa melepaskan boss yang bersara awal... tak mampu lagi nak kerja katanya.. tambah-tambah lagi ruling Bank Negara semakin ketat. Wah, masa ni kami rasa macam jadi anak yatim piatu. Lepas big bos bersara, bos kecik pun mula meninggakan Etiqa.. its not a good sign for us... tapi tak pa, wait n see..

February 2014
New boss coming in, dari company yang lebih kecil dari Etiqa. Its a lady boss.. Alamak!!! we better watch out... her 1st day at Etiqa tak went well for all of us.. semua tak betul.. semua tak kena kat hati dia.. Bertabah lah wahai hati...

March 2014
8 March 2014, Malaysia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS dari Kuala Lumpur ke Beijing. Ya Allah, Dugaan apa kah ini? Ini merupakan tragedi yang pertama seumpamanya di Malaysia.. Ya Allah kau selamatkan lah mereka , Ya Allah...

April 2014
Everybody been talking about MH370.. kami di office juga, dalam pada masa yang sama.. keadaan di office getting worst and worst... enviroment tak seperti selalu.. Bertabah lah hati..

May 2014
Aku dapat peluang interview di syarikat lain.. After 6 years tak attend interview, gagap dan tak confident langsung masa tu... and as expected, i didn't get the job... tak pa.. warm up katanya... kawan2 lain dah ada yang resign... Office masa nie mcm nightmare... Aku personally been diagnose asthma... kata doktor, may due to stress.. 5 hari warded.. dugaan sungguh.. tak pernah seumur hidup aku masuk wad kecuali sebab bersalin.. Wahai hati bertabah lah...

June 2014
Me apply for internal transfer ke Maybank... tunggu jawapan, at the same time kami semua cuba untuk selamatkan keadaan di office .. kami berpakat bawak isu ini keperingkat pengurusan dan HR... mana boleh tahan kalau tiap2 hari bos gunakan perkataan yang tak sedap didengarkan... kena maki hamun macam orang tak de maruah... 

July 2014
YA ALLAH... dugaan apa kah lagi ini? Kapal Terbang MAS (MH17) dari Belanda ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Ukraine.. 2 kes melibatkan kapal terbang MAS dalam satu tahun... Dugaan buat seluruh rakyat Malaysia am nya dan ahli keluarga khusunya.

August 2014
Keadaan di office semakin meruncing.. semakin ramai yang meninggalkan kami... Alhamdulillah, I got a chance to attend another set of interview... Satu di Bank Rakyat, dan satu lagi internal transfer ke Maybank.... Alhamdulillah, saya berjaya melepasi kedua-dua nya.. been offer by Maybank dan Bank Rakyat... Pilihan harus di buat...

September 2014
Keputusan telah dibuat, saya memilih untuk memulakan perjalanan karier yang baru bersama Bank Rakyat.. ini moment yang paling sukar dalam perjalanan karier saya... tidak pernah terlintas dihati saya sebelum ini untuk pergi meninggalkan Etiqa dan rakan-rakan disana... Saya terpaksa demi masa depan memandangkan keadaan kesihatan dan emosi saya juga semakin terganggu... 

October to November 2014
Syukur, saya tidak silap memilih... rakan sekerja baru di Bank Rakyat amat baik... saya juga boleh bekerja dengan baik walaupun industry yang berlainan. Saya memulakan pengajian di UKM pada bulan October. New begining and new chapter of my life... now i'm a mother, an employee and a student at the same time... fuhhh!!!

December 2014
2014 hampir menutup tirai apabila sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan banjir besar yang melanda pantai timur. Banjir terburuk dalam sejarah.... beratus ribu orang dipindahkan, seasi persekolah ditanguhhkan... rumah-rumah ranap... umpama dilanda tsunami... Dugaan dan peringatan dari Allah buat kita hambaNya.... 

Kita doakan tahun yang mendatang ini akan lebih baik buat diri kita dan keluarga khususnya dan buat negara kita yang tercinta amnya... Aminn...