Sesungguhnya aku bukan pandai sangat bab mengulas ayat-ayat Al-Quran nie... Tersalah ulas karang jadi lain lak makna nya. Tapi suka aku berkongsi ilmu yang aku kutip dari Jabatan Shariah di syarikat aku bekerja...
DO YOUR BEST, ALLAH WILL DO THE REST
Maksudnya : " Sesungguhnya Allah
tidak akan mengubah apa-apa yang dialami oleh sesuatu kaum sehinggalah mereka
mengubah apa yang ada pada diri mereka "
(Surah Ar-Ra'd : 11)
Keterangan :
1. Ayat di atas mengajak
kita supaya sentiasa berusaha memperbaiki kehidupan kita daripada yang buruk
kepada yang baik dan daripada yang sedia ada baik kepada yang lebih baik.
2. Kita tidak seharusnya
bergantung harap tanpa melakukan apa-apa usaha sedangkan Allah S.W.T. sentiasa
memperingatkan hamba-hambaNya supaya sentiasa berusaha sebelum bertawakal
kepada-Nya.
3. Barangkali pernah
berlaku, apabila pelbagai usaha dilakukan, namun hasilnya masih sama atau lebih
baik sedikit sahaja, dan kita akan berasa putus asa serta mula berhenti daripada
memperbaiki diri.
4. Ingatlah, setiap kita ada bahagian
masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah. Baki daripada itu, terpulang
kepada usaha yang kita lakukan selain kesabaran serta redha atas setiap ketentuan Allah ke atas diri
kita.
5. Mungkin bukan sekarang masanya
untuk kita. Teruskan berusaha, masanya akan tiba juga akhirnya.
Aku akui menjadi mahasitua dan pada masa yang sama seorang ibu dan pekerja bukanlah perkara yang mudah. Tapi demi ilmu yang bakal aku kutip dan demi masa depan, aku sahut cabaran itu. I'll do my best to score and fulfil my responsibilities as required and lets Allah do the rest. Janji aku dah berusaha yang terbaik. Insha Allah
Semoga ilmu yang sedikit ini bermanfaat buat kita semua. Amin
~suzanna~
No comments:
Post a Comment