Background 1

Friday, January 16, 2015

Akta Persaingan 2010

Pernah dengar pasal Akta Persaingan? Apa tu Akta Persaingan? Sebagai pengguna kita perlu ambil tahu tentang kewujudan Akta ini... Lets us go through the Act... 


Apakah Akta Persaingan 2010?
Akta ini digubal oleh Parlimen Malaysia pada bulan Mei 2010 dan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2012. Ia dilaksanakan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), yang ditubuhkan di bawah Akta Persaingan 2010. Akta ini bertujuan untuk meningkatkan:

  • kebajikan pengguna
  • amalan perniagaan
  • pembangunan ekonomi.
Akta ini melarang perusahaan dari terlibat dalam dua bentuk perlakuan iaitu perjanjian persaingan dan penyalahgunaan kedudukan dominan.

Apakah Perjanjian Yang Dianggap AntiPersaingan oleh AP2010?
Sebarang perjanjian sama ada mendatar atau menegak yang mempunyai matlamat atau kesan meghalang,mmeyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan adalah satu pelanggaran AP2010. Ada beberapa perjanjian yang di anggap lebih serius oleh AP2010. Perjanjian mendatar berikut dianggap mempunyai matlamat untuk mengurangkan persaingan dan dengan itu adalah DILARANG:

  • menetapkan harga barang 
  • berkongsi Pasaran atau punca bekalan
  • membataskan atau mengawal pengeluaran
  • tipuan bida
Perjanjian tersebut adalah dilarang bagi menjaga hak-hak pengguna untuk mendapatkan harga barangan yang lebih baik daripada peniaga.       

Penetapan Semula Harga Barangan
AP2010 melarang penetapan semula harga. Salah satu cara harga ditetapkan ialah apabila pengeluar menentukan harga barangan yang boleh dijual oleh pembekal. Dengan itu peruncit tidak mempunyai kebebsan untuk mengubah harga yang ditawarkan kepada pelanggan (Penetapan Harga Jualan Semula). Sekiaranya penetepan semula harga barangan itu mempunyai kesan antipersaingan, ianya dianggap sebagai melanggar keperluan AP2010.

Apakah Penyalahgunaan Kedudukan Dominan?
Ap2010 tidak menghukum sesebuah perusahaan kerana kedudukan dominannya. Ia hanya melarang mana mana perusahaan dengan sendirian atau secara kolektif bersama perusahaan lain terlibat dalam perlakuan yang berupa penyalahgunaan dominan. Sebagai contoh:
  • Diskriminasi Harga (terutamanya kepada pengusaha kecil)
  • Berkelakuan seakan pemangsa terhadap pesaing
  • Enggan untuk membekalkan
  • Jualan Terikat
  • Membeli barangan atau sumber yang terhad.
Kesemua perlakuan ini sengaja dilakukan untuk memaksa pesaingnya terkeluar daripada pasaran supaya perusahaan dominan itu boleh terus menguasai pasaran dengan beberapa peniaga atau pembekal. Dalam keadaan ini, perusahaan dominan itu akan bebas menetapkan harga serta terma dan syarat pengedaran dan jualan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Akta Persaingan 2010, sila layari laman sesawang Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) di www.mycc.gov.my. 


No comments:

Post a Comment