Background 1

Sunday, January 11, 2015

Bukan Hanya Sekadar Berkata-kata


Maksudnya : " Sesungguhnya orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap di atas jalan yang betul, turunlah kepada mereka malaikat dengan berkata: Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. "

(Surah Fussilat : 30)

Keterangan :

1. Ayat di atas menyatakan kepada kita agar perlunya diseiringkan antara iman dan amal yang berterusan di samping tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam walau apa jua keadaan.

2. Allah telah menjanjikan syurga bagi orang-orang yang beriman kepada-Nya serta melaksanakan segala perintah secara konsisten dan tidak hanya bermusim, ibarat lalang yang ditiup angin.

3. Ingatlah bahawa iman bukan sekadar dengan kata-kata, dan Islam bukan sekadar hanya pada nama, akan tetapi yang paling penting adalah pengamalan ke atas segala suruhan Allah kerana yang paling tinggi nilainya disisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara konsisten serta sentiasa istiqomah berada di jalan Allah.

WALLAHU A`LAM.

No comments:

Post a Comment