Rata-rata daripada kita pernah menonton cerita Ultraman kan..? Ultraman ni ada pengikut-pengikut setia nya.Tak kira bangsa, jantina, dewasa atau kanak-kanak. Ingat masa kecik dulu, aku sanggup tinggalkan segalanya demi Ultraman.
Menurut wikipedia Ultraman ialah watak fiksyen yang ditampilkan dalam rancangan televisyen tokusatsu atau "kesan khas". Ultraman membuat kemunculan sulungnya dalam siri TV SF/kaiju/adiwira tokusatsu, Ultraman, sebagai susulan kepada siri televisyenUltra Q. Rancangan ini diterbit oleh Tsuburaya Productions, dan disiarkan melalui rangkaian Tokyo Broadcasting System (TBS) mulai17 Julai 1966 hingga 9 April 1967, dengan sejumlah 39 episod (40, jika diambil kira rancangan istimewa sebelum tayangan perdana pada 10 Julai 1966).
Meskipun Ultraman adalah siri pertama yang menampilkan mahkluk Ultra, namun ini sebenarnya Siri Ultra yang kedua; Ultra Q adalah yang pertama. Rancangan ini menjadi fenomena budaya pop yang besar di Jepun dan telah menarik berpuluh-puluh rancangan tiruan seumpamanya serta juga banyak sekuel dan bikinan semula, yang kekal popular hingga kini.
![]() |
Ini lah Ultraman - Pada yang tak tahu lah |
Tapi dah kenapa pulak aku buat ulasan pasal ultraman?
Minggu lepas tempat kerja aku ada buat program ceramah bulanan. Penceramah (Ustaz Badlishah Alauddin) yang di jemput ni dah berjaya mengubah cara berfikir dan cara untuk menghadapi masalah. Dia menjadikan Ultraman sebagai contoh untuk kita mengatasi setiap permasalahan. Tapi apa dan bagaimana ? Apa yang Ultraman boleh buat nak bantu kita selesaikan masalah hidup, rumahtangga, pelajaran, perhubungan dan lain-lain?
Pada yang pernah menonton Ultraman mesti tahu sebelum bertukar, Ultraman salah seorang daripada anggota polis khas yang bertanggungjawab melindungi bumi dari raksasa. Mereka dilengkapkan dengan senjata dan kenderaan canggih untuk melawan raksasa... Mereka sentiasa bersedia mempertahan bumi walaupun kadang kala pasukan ini kelihatan tidak setanding dengan raksasa. Apabila keadaan mendesak, salah seorang ahlinya akan bertukar rupa (secara rahsia) menjadi gergasi yang berkuasa luarbiasa dan hensem (ok part hensem tu aku tambah..hehehe) melawan raksasa yang datang memporak perandakan bumi.Itu plot cerita Ultraman yang sama setiap episod, raksasa sahaja yang berubah.
Tapi apa pengajaran yang kita boleh ambil dari Ultraman? Raksasa itu seumpama MASALAH, yang sering melanda kita dengan pelbagai cara sama ada besar, kecil atau complicated. Seringkali kita takut untuk menghadapi permasalah tersebut. Bila kita takut, bermakna kita mengecilkan diri kita. Besar kan diri dan hati kita sebesar Ultraman, apabila hati kita besar, kental tidak kira lah apa pun masalah yang melanda Insha Allah kita mampu melawan nya / mengatasinya. Jangan sesekali menganggap diri kita tidak mampu. Kita boleh melakukan apa sahaja "with the power of will".
Terima kasih buat Ustaz Badlishah, Ilmu yang disampaikan amatlah bermanfaat. Lepas ini aku pasti akan bertukar menjadi Ultraman setiap kali aku menghadapi masalah. Dan aku dah tak bising-bising lagi bila anak aku asyik mengadap Ultraman, sebab aku nak mereka berhati waja dan sebesar Ultraman bila menghadapi dugaan.
Remember "We are not what happened to us. We are what we choose to become". Renung-renungkan dan selamat beramal.
No comments:
Post a Comment