Background 1

Monday, October 13, 2014

Dari Pelajar Ke Pekerja - Satu Permulaan

Perjalanan hidup aku sebagai pekerja bermula seawal usia 18 tahun. Masa tu aku kerja suka-suka sementara nak tunggu keputusan SPM... Dah duduk pon dekat dengan kawasan perindustrian, jadi kerja sebagai operator pengeluaran menjadi pilihan.. (kire dh merasa lah jadi minah kilang kan.. hehehe)

Company pertama aku kerja - NIDEC Copal


Kilang tu lah yang tolong register SOCSO ngan EPF aku... banyak jasa nyer. Memang excited tak boleh nak cerita time tue, kena lak time shif malam... Ha ingat senang nk dapat jadi burung hantu? Yang best nye kerja kilang ni satu jer, transportation free. Gi kerja naik van kilang, amik depan rumah plak tue... Balik kerja drebar van kilang hantar spi depan rumah... puhhh, rasa mcm CEO beb...hehehe...Tapi,tak lama pon aku kerja kat kilang tu, dalam 3 bulan jer, lepas dapat tawaran sambung belajar aku berenti... 


Bermula lah semula kehidupan aku sebagai pelajar... 3 tahun kat Uni, nak pecah kepala... tapi demi masa depan yang gemilang.. ku tabahkan jua... Lepas grad diploma tahun 2002, aku terus cari kerja. Tak nak jadi penanam anggur bertauliah, aku ada mak nak kena bantu. Sekali lagi peluang kerja aku kat bidang perindustrian walaupon aku lebih teringin nak kerja gomen atau bank. Tapi, dari tak bekerja langsung.. baik terima jer tawaran tu.



AIO Business Sdn Bhd (Logo company nie aku tak jumpe, maaf nyer)


Ingat lagi masa 1st time gi interview, gugup tak tentu arah. AIO ni syarikat melayu 100% dari shareholder, director hinggalah ke pekerja. Syarikat ni dapat tender kerajaan utk supply project landasan kerata api dari KL ke Ipoh (yang sekarang nie ETS guna). Oh lupa, aku kerja sebagai Admin & Account Officer kat situ... gaji ciput jer, adalah dalam RM700 sebulan. Syarikat kecil ni lah yang mengajar aku cara nak guna photostat machine, fax machine yang mana aku tak penah sentuh/belajar masa kat Uni dulu... 

Buat admin work memang mencabar, kena tahu semua benda dan kena buat semua benda mcm yang bos suruh. Kena pulak syarikat ni memang suke bayar gaji pekerja lambat. Aku gak lah yang jadi mangsa kena mengadap pekerja. Sampai naik kes ke Mahkamah pasal gaji lambat. Itu lah kesilapan syarikat melayu yang aku notice. Tender kerajaan senang nak dapat berbanding kaum lain, tapi poor in financial management. Dapat duit upfront bukan buat rolling business, tapi buat downpayment kereta BMW (apa kes?) macam mana syarikat nak maju.


Aku sempat kerja kat AIO tu dalam setahun lebih jer sebelum syarikat tu gulung tikar. Apa lah nasib badan kan. Nak buat macam mana, rezki sampai situ jer. Tapi aku tak mudah putus asa, cari kerja lain.

Kolej Lagenda


Aku dapat lak offer kat Kumpulan Kolej Lagenda jadi Credit Control Officer (CCO). Agak2 macam ah long untuk kolej lah...


Kumpulan Kolej Lagenda
Kerja kat sini on contract basis. Basic salary ciput tapi komisen lebat gak lah, bergantung kepada berapa banyak collection yang kita buat sebulan. Aku penah dapat komisen cecah RM3000 sebulan. Kat sini lah aku nampak pengorbanan ibu dan ayah yang inginkan anak-anak mereka berjaya. Sampai sanggup jual tanah, buat loan dengan bank demi masa depan anak mereka (pada adik-adik yang baca entry akak ni, hargai lah ibu dan ayah kita. Belajar rajin-rajin supaya ibu dan ayah tak payah berhutang nak kasi kite masuk kolej swasta). Yuran pengajian masa tu (2004) jer dah cecah hampir RM40,000 untuk program Diploma.

Aku bertangungjawab sebagai penasihat credit kepada ibu bapa. Mana yang bekerja kerajaan tu, boleh lah buat pinjaman dengan Bank. Mana yang kerja swasta, boleh buat bayaran ansuran bulanan. Kerja aku memerlukan aku travel merata2, jumpa ibu bapa pelajar. Penat plus rasa dah tak sanggup nak kejar ibu bapa untuk bayar yuran anak (padahal anak kat kolej bukan belajar sangat pon..main jer lebih) aku decide untuk tinggalkan kerja nie. Cukup lah 2 tahun, ada lah tu peluang aku kat syarikat lain... Aku berhenti kerja tanpa ada apa-apa tawaran. Rezeki Allah yang kasi, aku pasrah.....

But that's not the end of my career okay.... ada sambungan nyer lagi in the next entry...  See you!!!!!!

No comments:

Post a Comment