Background 1

Monday, October 20, 2014

Melentur Buluh - Layanan Terhadap Anak

Setiap ibu bapa ada cara yang tersendiri untuk mendidik dan membesarkan anak-anak. Tugas ibu bapa bukan sahaja memberikan makan,pakai dan tempat tinggal tetapi lebih dari itu. Kasih sayang, teguran dan perhatian adalah seumpama semangat untuk anak-anak berjaya. Aku akui, sebagai ibu yang berkerjaya, amat payah untuk aku membahagikan masa dan perhatian buat 3 orang putera dan seorang puteriku. Demi anak-anak aku cuba sedaya mampu memberikan perhatian kepada mereka. 




Berikut adalah beberapa tips yang perlu diberi perhatian dalam kita mendidik anak-anak yang aku ambil dari Buku Mendidik Anak Pintar Dan Cergas;
  • Ibu bapa hendaklah memberi kesempatan kepada anak-anak untuk berkongsi cerita dan pendapat mereka. Dengar dengan teliti, tidak memotong percakapan anak dan hormatilah mereka sebagaimana kita menghormati rakan.
  • Cubalah mengerti pendapat dan pandangan anak, dan bukan memaksa mereka dan mengkritik.
  • Ibu bapa hendaklah mendengar dengan hati, ertinya serius. Libatkan diri dalam penceritaannya.
  • Duduk berhadapan atau berdampingan, tatap lah mata dan wajah anak ketika mereka bercerita. Dengan cara ini mereka akan berasa lebih dihargai.
  • Hindarkan daripada berbicara sambil. membaca akhbar (atau sibuk berwhatapps). Kehadiran mereka hendaklah dihargai. Melalui gerak tubuh, mereka mengerti sama ada kita mendengar atau sebaliknya
  • Hargailah luahan perasaan anak. Biarkan mereka meluahkan perasaan takut atau isi hatinya walaupun perkara yang akan disampaikan itu perkara kecil.
  • Ibu bapa tidak perlu menyembunyikan perasaan marah, sedih, gembira dan gundah. Sekurang-kurangnya mereka tahu apa yang membuatkan anda berasa demikian, dengan cara ini anda dapat berkomunikasi dengan anak-anak secara sihat.
  • Biarkan anak bercerita tanpa membandingkan diri mereka dengan anak yang masih kecil.
  • Nyatakan perasaan sayang anda kepada anak-anak secara terang supaya anak anda berasa yakin bahawa dia benar-benar dikasihi oleh kedua ibu bapa.
 
Benar bukan mudah untuk kita ibu bapa melaksanakan tips di atas. Tetapi berusaha untuk menjadi yang lebih baik itu lebih baik daripada tidak berusaha. Tanamkan niat untuk menjadi ibu bapa contoh buat anak-anak.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Wasalam...


No comments:

Post a Comment