Background 1

Wednesday, October 15, 2014

Dari Pelajar Ke Pekerja - Satu Permulaan (Part 2)

More sharing pasal pengalaman kerja aku yang seberapa. Tapi aku berharap, entry ni boleh dijadikan ikhtibar betapa rezeki itu kurniaan Allah... Aku cukup bersyukur dengan apa yang diberi, biar pun pada mulanya perjalanan career aku agak lembap.

Selepas resign dari Kolej Lagenda, aku buat kerja part time kat satu manufacturing company (Long Hup Plastik Sdn Bhd) sebagai account executive. Mostly aku kena handle account ngan buat bank reconciliation untuk company nie. Pada masa yang sama aku ada mintak kerja di beberapa buah syarikat kewangan. Alhamdulillah, berjaya di panggil temuduga kat KL post Confidential Assistant. Masa interview kena buat test bagai kan... tak pe redah jer... Masa diberitahu aku berjaya, Ya Allah.. syukur nya lah, walaupon aku tahu my life not gonna be like before. Banyak benda aku kena sacrifice, tapi disebabkan bekerja di Syarikat Kewangan tu salah satu perkerjaan idaman, I'm willing to take up the responsibilities.

Tahun 2007 tu bermula lah career aku di United Overseas Bank (M) Bhd and been attached at Secretariat & Legal Department. Aku jadi secretary kepada Head of Department. Dalam department aku tu ada lah dalam 8 orang dan aku seorang jer melayu, yang lain cina. Since dulu aku pon sekolah kat area ramai kaum cina, jadi aku tak de masalah sangat nak bercampur dengan kaum lain.

United Overseas Bank - Ni lah Bank Yang merealisasikan impian aku.. hehehe
Banyak benda yang aku belajar kat UOB. English aku pon semakin baik interm of communication and writing as well. Bos aku (Ms Chun Choy Wan) banyak mengajar aku. Aku belajar pasal companies act, mcm mana nk lodge the required form and report to SSM. Apa yang paling aku ingat pasal Ms Chun, dia pernah nasihat aku "Sue, to become a good employee, you must think ahead and remember, there are always room for an improvement in what you do." aku pegang nasihat dia sampai sekarang. To Ms Chun, if your reading this, I want you to know that I'm thankful for the opportunity and all guidance given to me. Last news yang aku dengar, ex bos aku tu take early retirement. Tak larat agaknyer, kerja Bank memang heavy. Itu lah realiti yang aku hadapi.

Lepas 3 tahun aku di UOB, aku dapat pulak tawaran kerja di Etiqa Takaful Bhd. Dari institusi perbankan ke insurans. Alamak, masa belajar dulu insurans lah subjek yang aku paling tak suka dan aku pon tak suka agent insurans (Sbb mak aku penah kena tipu ngan agen insurans). Walaupon berat hati nak tinggalkan UOB, tapi aku rasa dah sampai masa untuk aku explore and try out new responsibilities.

Still remember, aku join Etiqa bulan Feb 2009 as an Executive, Strategy & Policy - Compliance. Tugas aku totally tak sama dengan apa yang aku pernah buat kat UOB. Kerja Compliance memerlukan aku banyak membaca. Baca Akta, baca garis panduan, etc. Tak cukup sekadar baca, kena provide advisory to business unit, kena guide diorang macam mana nak follow requirement Bank Negara. Kena buat investigation untuk kes fraud, conduct training and awareness, involve dengan system development and many more. 

Proud to be Etiqan
Etiqa banyak mengajar dan beri aku peluang untuk develop. I grow with Etiqa, aku rasa masa aku mula-mula join Etiqa, aku tak tahu apa-apa pon pasal insurans dan takaful. Aku tak tahu apa-apa pon pasal compliance, pasal guideline BNM. Sama macam bayi yang baru lahir, aku bermula dengan meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan aku bangga aku juga belajar berlari di ETIQA. Apa yang aku tak suka pasal Etiqa, tak der.... I love their humanising ways, aku sayang all Etiqan I ever know (dari level bawah hingga lah ke CEO, they all just awesome). I had a very kind hearted bos (Mr Ng Kok Weng), I had a very understanding manager (Mr Lim Weng Leong) team mate yang best (Fatin) dan other colleagues yang happening. 5 tahun 7 bulan aku berkhidmat di ETIQA sebelum aku terima tawaran kerja di Bank Rakyat. 

Sebahagian dari Staff Compliance
Apa yang aku tahu perjalanan karier aku belum berakhir dan masih panjang. Aku tak tahu di mana akhirnya, aku berserah kepada Allah untuk menentukan apa yang terbaik buat aku. Buat masa ini, aku teramatlah bersyukur dengan apa yang aku ada. Alhamdulillah.....

1 comment:

  1. Salam.. Sis.. Taw x job scope as exec financial takaful under etiqa takaful? Die mcm agent insurans ke?

    ReplyDelete