Background 1

Thursday, October 30, 2014

Bila Tiba - Ungu


Bila Tiba (OST Pintu Lain Ke Syurga) – Ungu

Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara
Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri
Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri
Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati


Nie salah satu lagu favourite aku... lagu nie mengigatkan aku kepada kematian dan  bersediakah kita untuk menghadapi nya @ lebih tepat lagi apa persediaan kita menghadapinya? Ajal pasti tiba, masa dan ketikanya sahaja yang kita tidak tahu. Semuanya rahsia Allah... 

Life nie sebenarnya about balance dan bersederhana.. Kerana kehidupan kita hari ni adalah masa depan kita di Alam Akhirat.. Niat yang ikhlas kerana Allah itu penting disetiap pekerjaan yang kita lakukan. Semoga segala amalan kita diterima dan mampu menjadi bekalan untuk masa depan kita di sana. Amin..

"Tak semua hiburan itu tiada manfaatnya jika kita mampu berfikir dengan waras dan mengambil ikhtibar disetiap bait kata dalam lirik tersebut......"
 


~suzanna~

Do Your Best, Allah Will Do The Rest

Assalamualaikum,
Sesungguhnya aku bukan pandai sangat bab mengulas ayat-ayat Al-Quran nie... Tersalah ulas karang jadi lain lak makna nya. Tapi suka aku berkongsi ilmu yang aku kutip dari Jabatan Shariah di syarikat aku bekerja... 


DO YOUR BEST, ALLAH WILL DO THE REST



Maksudnya : " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa-apa yang dialami oleh sesuatu     kaum sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka "

(Surah Ar-Ra'd : 11)

Keterangan :

1. Ayat di atas mengajak kita supaya sentiasa berusaha memperbaiki kehidupan kita daripada yang buruk kepada yang baik dan daripada yang sedia ada baik kepada yang lebih baik.

2. Kita tidak seharusnya bergantung harap tanpa melakukan apa-apa usaha sedangkan Allah S.W.T. sentiasa memperingatkan hamba-hambaNya supaya sentiasa berusaha sebelum bertawakal kepada-Nya.

3. Barangkali pernah berlaku, apabila pelbagai usaha dilakukan, namun hasilnya masih sama atau lebih baik sedikit sahaja, dan kita akan berasa putus asa serta mula berhenti daripada memperbaiki diri.

4. Ingatlah, setiap kita ada bahagian masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah. Baki daripada itu, terpulang kepada usaha yang kita lakukan selain kesabaran serta redha atas setiap ketentuan Allah ke atas diri kita.

5. Mungkin bukan sekarang masanya untuk kita. Teruskan berusaha, masanya akan tiba juga akhirnya. 


Aku akui menjadi mahasitua dan pada masa yang sama seorang ibu dan pekerja bukanlah perkara yang mudah. Tapi demi ilmu yang bakal aku kutip dan demi masa depan, aku sahut cabaran itu. I'll do my best to score and fulfil my responsibilities as required and lets Allah do the rest. Janji aku dah berusaha yang terbaik. Insha Allah

Semoga ilmu yang sedikit ini bermanfaat buat kita semua. Amin

~suzanna~ 

Monday, October 20, 2014

Melentur Buluh - Layanan Terhadap Anak

Setiap ibu bapa ada cara yang tersendiri untuk mendidik dan membesarkan anak-anak. Tugas ibu bapa bukan sahaja memberikan makan,pakai dan tempat tinggal tetapi lebih dari itu. Kasih sayang, teguran dan perhatian adalah seumpama semangat untuk anak-anak berjaya. Aku akui, sebagai ibu yang berkerjaya, amat payah untuk aku membahagikan masa dan perhatian buat 3 orang putera dan seorang puteriku. Demi anak-anak aku cuba sedaya mampu memberikan perhatian kepada mereka. 




Berikut adalah beberapa tips yang perlu diberi perhatian dalam kita mendidik anak-anak yang aku ambil dari Buku Mendidik Anak Pintar Dan Cergas;
  • Ibu bapa hendaklah memberi kesempatan kepada anak-anak untuk berkongsi cerita dan pendapat mereka. Dengar dengan teliti, tidak memotong percakapan anak dan hormatilah mereka sebagaimana kita menghormati rakan.
  • Cubalah mengerti pendapat dan pandangan anak, dan bukan memaksa mereka dan mengkritik.
  • Ibu bapa hendaklah mendengar dengan hati, ertinya serius. Libatkan diri dalam penceritaannya.
  • Duduk berhadapan atau berdampingan, tatap lah mata dan wajah anak ketika mereka bercerita. Dengan cara ini mereka akan berasa lebih dihargai.
  • Hindarkan daripada berbicara sambil. membaca akhbar (atau sibuk berwhatapps). Kehadiran mereka hendaklah dihargai. Melalui gerak tubuh, mereka mengerti sama ada kita mendengar atau sebaliknya
  • Hargailah luahan perasaan anak. Biarkan mereka meluahkan perasaan takut atau isi hatinya walaupun perkara yang akan disampaikan itu perkara kecil.
  • Ibu bapa tidak perlu menyembunyikan perasaan marah, sedih, gembira dan gundah. Sekurang-kurangnya mereka tahu apa yang membuatkan anda berasa demikian, dengan cara ini anda dapat berkomunikasi dengan anak-anak secara sihat.
  • Biarkan anak bercerita tanpa membandingkan diri mereka dengan anak yang masih kecil.
  • Nyatakan perasaan sayang anda kepada anak-anak secara terang supaya anak anda berasa yakin bahawa dia benar-benar dikasihi oleh kedua ibu bapa.
 
Benar bukan mudah untuk kita ibu bapa melaksanakan tips di atas. Tetapi berusaha untuk menjadi yang lebih baik itu lebih baik daripada tidak berusaha. Tanamkan niat untuk menjadi ibu bapa contoh buat anak-anak.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Wasalam...


Ultraman Dan Masalah

Rata-rata daripada kita pernah menonton cerita Ultraman kan..? Ultraman ni ada pengikut-pengikut setia nya.Tak kira bangsa, jantina, dewasa atau kanak-kanak. Ingat masa kecik dulu, aku sanggup tinggalkan segalanya demi Ultraman. 

Menurut wikipedia Ultraman ialah watak fiksyen yang ditampilkan dalam rancangan televisyen tokusatsu atau "kesan khas". Ultraman membuat kemunculan sulungnya dalam siri TV SF/kaiju/adiwira tokusatsu, Ultraman, sebagai susulan kepada siri televisyenUltra Q. Rancangan ini diterbit oleh Tsuburaya Productions, dan disiarkan melalui rangkaian Tokyo Broadcasting System (TBS) mulai17 Julai 1966 hingga 9 April 1967, dengan sejumlah 39 episod (40, jika diambil kira rancangan istimewa sebelum tayangan perdana pada 10 Julai 1966).
Meskipun Ultraman adalah siri pertama yang menampilkan mahkluk Ultra, namun ini sebenarnya Siri Ultra yang keduaUltra Q adalah yang pertama. Rancangan ini menjadi fenomena budaya pop yang besar di Jepun dan telah menarik berpuluh-puluh rancangan tiruan seumpamanya serta juga banyak sekuel dan bikinan semula, yang kekal popular hingga kini.
Ini lah Ultraman - Pada yang tak tahu lah
Tapi dah kenapa pulak aku buat ulasan pasal ultraman? 
Minggu lepas tempat kerja aku ada buat program ceramah bulanan. Penceramah (Ustaz Badlishah Alauddin) yang di jemput ni dah berjaya mengubah cara berfikir dan cara untuk menghadapi masalah. Dia menjadikan Ultraman sebagai contoh untuk kita mengatasi setiap permasalahan. Tapi apa dan bagaimana ? Apa yang Ultraman boleh buat nak bantu kita selesaikan masalah hidup, rumahtangga, pelajaran, perhubungan dan lain-lain?

Pada yang pernah menonton Ultraman mesti tahu sebelum bertukar, Ultraman salah seorang daripada anggota polis khas yang bertanggungjawab melindungi bumi dari raksasa. Mereka dilengkapkan dengan senjata dan kenderaan canggih untuk melawan raksasa... Mereka sentiasa bersedia mempertahan bumi walaupun kadang kala pasukan ini kelihatan tidak setanding dengan raksasa. Apabila keadaan mendesak, salah seorang ahlinya akan bertukar rupa (secara rahsia) menjadi gergasi yang berkuasa luarbiasa dan hensem (ok part hensem tu aku tambah..hehehe) melawan raksasa yang datang memporak perandakan bumi.Itu plot cerita Ultraman yang sama setiap episod, raksasa sahaja yang berubah.


Tapi apa pengajaran yang kita boleh ambil dari Ultraman? Raksasa itu seumpama MASALAH, yang sering melanda kita dengan pelbagai cara sama ada besar, kecil atau complicated. Seringkali kita takut untuk menghadapi permasalah tersebut. Bila kita takut, bermakna kita mengecilkan diri kita. Besar kan diri dan hati kita sebesar Ultraman, apabila hati kita besar, kental tidak kira lah apa pun masalah yang melanda Insha Allah kita mampu melawan nya / mengatasinya. Jangan sesekali menganggap diri kita tidak mampu. Kita boleh melakukan apa sahaja "with the power of will"


Terima kasih buat Ustaz Badlishah, Ilmu yang disampaikan amatlah bermanfaat. Lepas ini aku pasti akan bertukar menjadi Ultraman setiap kali aku menghadapi masalah. Dan aku dah tak bising-bising lagi bila anak aku asyik mengadap Ultraman, sebab aku nak mereka berhati waja dan sebesar Ultraman bila menghadapi dugaan.

Remember "We are not what happened to us. We are what we choose to become". Renung-renungkan dan selamat beramal.

Wednesday, October 15, 2014

Dari Pelajar Ke Pekerja - Satu Permulaan (Part 2)

More sharing pasal pengalaman kerja aku yang seberapa. Tapi aku berharap, entry ni boleh dijadikan ikhtibar betapa rezeki itu kurniaan Allah... Aku cukup bersyukur dengan apa yang diberi, biar pun pada mulanya perjalanan career aku agak lembap.

Selepas resign dari Kolej Lagenda, aku buat kerja part time kat satu manufacturing company (Long Hup Plastik Sdn Bhd) sebagai account executive. Mostly aku kena handle account ngan buat bank reconciliation untuk company nie. Pada masa yang sama aku ada mintak kerja di beberapa buah syarikat kewangan. Alhamdulillah, berjaya di panggil temuduga kat KL post Confidential Assistant. Masa interview kena buat test bagai kan... tak pe redah jer... Masa diberitahu aku berjaya, Ya Allah.. syukur nya lah, walaupon aku tahu my life not gonna be like before. Banyak benda aku kena sacrifice, tapi disebabkan bekerja di Syarikat Kewangan tu salah satu perkerjaan idaman, I'm willing to take up the responsibilities.

Tahun 2007 tu bermula lah career aku di United Overseas Bank (M) Bhd and been attached at Secretariat & Legal Department. Aku jadi secretary kepada Head of Department. Dalam department aku tu ada lah dalam 8 orang dan aku seorang jer melayu, yang lain cina. Since dulu aku pon sekolah kat area ramai kaum cina, jadi aku tak de masalah sangat nak bercampur dengan kaum lain.

United Overseas Bank - Ni lah Bank Yang merealisasikan impian aku.. hehehe
Banyak benda yang aku belajar kat UOB. English aku pon semakin baik interm of communication and writing as well. Bos aku (Ms Chun Choy Wan) banyak mengajar aku. Aku belajar pasal companies act, mcm mana nk lodge the required form and report to SSM. Apa yang paling aku ingat pasal Ms Chun, dia pernah nasihat aku "Sue, to become a good employee, you must think ahead and remember, there are always room for an improvement in what you do." aku pegang nasihat dia sampai sekarang. To Ms Chun, if your reading this, I want you to know that I'm thankful for the opportunity and all guidance given to me. Last news yang aku dengar, ex bos aku tu take early retirement. Tak larat agaknyer, kerja Bank memang heavy. Itu lah realiti yang aku hadapi.

Lepas 3 tahun aku di UOB, aku dapat pulak tawaran kerja di Etiqa Takaful Bhd. Dari institusi perbankan ke insurans. Alamak, masa belajar dulu insurans lah subjek yang aku paling tak suka dan aku pon tak suka agent insurans (Sbb mak aku penah kena tipu ngan agen insurans). Walaupon berat hati nak tinggalkan UOB, tapi aku rasa dah sampai masa untuk aku explore and try out new responsibilities.

Still remember, aku join Etiqa bulan Feb 2009 as an Executive, Strategy & Policy - Compliance. Tugas aku totally tak sama dengan apa yang aku pernah buat kat UOB. Kerja Compliance memerlukan aku banyak membaca. Baca Akta, baca garis panduan, etc. Tak cukup sekadar baca, kena provide advisory to business unit, kena guide diorang macam mana nak follow requirement Bank Negara. Kena buat investigation untuk kes fraud, conduct training and awareness, involve dengan system development and many more. 

Proud to be Etiqan
Etiqa banyak mengajar dan beri aku peluang untuk develop. I grow with Etiqa, aku rasa masa aku mula-mula join Etiqa, aku tak tahu apa-apa pon pasal insurans dan takaful. Aku tak tahu apa-apa pon pasal compliance, pasal guideline BNM. Sama macam bayi yang baru lahir, aku bermula dengan meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan aku bangga aku juga belajar berlari di ETIQA. Apa yang aku tak suka pasal Etiqa, tak der.... I love their humanising ways, aku sayang all Etiqan I ever know (dari level bawah hingga lah ke CEO, they all just awesome). I had a very kind hearted bos (Mr Ng Kok Weng), I had a very understanding manager (Mr Lim Weng Leong) team mate yang best (Fatin) dan other colleagues yang happening. 5 tahun 7 bulan aku berkhidmat di ETIQA sebelum aku terima tawaran kerja di Bank Rakyat. 

Sebahagian dari Staff Compliance
Apa yang aku tahu perjalanan karier aku belum berakhir dan masih panjang. Aku tak tahu di mana akhirnya, aku berserah kepada Allah untuk menentukan apa yang terbaik buat aku. Buat masa ini, aku teramatlah bersyukur dengan apa yang aku ada. Alhamdulillah.....

Monday, October 13, 2014

Dari Pelajar Ke Pekerja - Satu Permulaan

Perjalanan hidup aku sebagai pekerja bermula seawal usia 18 tahun. Masa tu aku kerja suka-suka sementara nak tunggu keputusan SPM... Dah duduk pon dekat dengan kawasan perindustrian, jadi kerja sebagai operator pengeluaran menjadi pilihan.. (kire dh merasa lah jadi minah kilang kan.. hehehe)

Company pertama aku kerja - NIDEC Copal


Kilang tu lah yang tolong register SOCSO ngan EPF aku... banyak jasa nyer. Memang excited tak boleh nak cerita time tue, kena lak time shif malam... Ha ingat senang nk dapat jadi burung hantu? Yang best nye kerja kilang ni satu jer, transportation free. Gi kerja naik van kilang, amik depan rumah plak tue... Balik kerja drebar van kilang hantar spi depan rumah... puhhh, rasa mcm CEO beb...hehehe...Tapi,tak lama pon aku kerja kat kilang tu, dalam 3 bulan jer, lepas dapat tawaran sambung belajar aku berenti... 


Bermula lah semula kehidupan aku sebagai pelajar... 3 tahun kat Uni, nak pecah kepala... tapi demi masa depan yang gemilang.. ku tabahkan jua... Lepas grad diploma tahun 2002, aku terus cari kerja. Tak nak jadi penanam anggur bertauliah, aku ada mak nak kena bantu. Sekali lagi peluang kerja aku kat bidang perindustrian walaupon aku lebih teringin nak kerja gomen atau bank. Tapi, dari tak bekerja langsung.. baik terima jer tawaran tu.



AIO Business Sdn Bhd (Logo company nie aku tak jumpe, maaf nyer)


Ingat lagi masa 1st time gi interview, gugup tak tentu arah. AIO ni syarikat melayu 100% dari shareholder, director hinggalah ke pekerja. Syarikat ni dapat tender kerajaan utk supply project landasan kerata api dari KL ke Ipoh (yang sekarang nie ETS guna). Oh lupa, aku kerja sebagai Admin & Account Officer kat situ... gaji ciput jer, adalah dalam RM700 sebulan. Syarikat kecil ni lah yang mengajar aku cara nak guna photostat machine, fax machine yang mana aku tak penah sentuh/belajar masa kat Uni dulu... 

Buat admin work memang mencabar, kena tahu semua benda dan kena buat semua benda mcm yang bos suruh. Kena pulak syarikat ni memang suke bayar gaji pekerja lambat. Aku gak lah yang jadi mangsa kena mengadap pekerja. Sampai naik kes ke Mahkamah pasal gaji lambat. Itu lah kesilapan syarikat melayu yang aku notice. Tender kerajaan senang nak dapat berbanding kaum lain, tapi poor in financial management. Dapat duit upfront bukan buat rolling business, tapi buat downpayment kereta BMW (apa kes?) macam mana syarikat nak maju.


Aku sempat kerja kat AIO tu dalam setahun lebih jer sebelum syarikat tu gulung tikar. Apa lah nasib badan kan. Nak buat macam mana, rezki sampai situ jer. Tapi aku tak mudah putus asa, cari kerja lain.

Kolej Lagenda


Aku dapat lak offer kat Kumpulan Kolej Lagenda jadi Credit Control Officer (CCO). Agak2 macam ah long untuk kolej lah...


Kumpulan Kolej Lagenda
Kerja kat sini on contract basis. Basic salary ciput tapi komisen lebat gak lah, bergantung kepada berapa banyak collection yang kita buat sebulan. Aku penah dapat komisen cecah RM3000 sebulan. Kat sini lah aku nampak pengorbanan ibu dan ayah yang inginkan anak-anak mereka berjaya. Sampai sanggup jual tanah, buat loan dengan bank demi masa depan anak mereka (pada adik-adik yang baca entry akak ni, hargai lah ibu dan ayah kita. Belajar rajin-rajin supaya ibu dan ayah tak payah berhutang nak kasi kite masuk kolej swasta). Yuran pengajian masa tu (2004) jer dah cecah hampir RM40,000 untuk program Diploma.

Aku bertangungjawab sebagai penasihat credit kepada ibu bapa. Mana yang bekerja kerajaan tu, boleh lah buat pinjaman dengan Bank. Mana yang kerja swasta, boleh buat bayaran ansuran bulanan. Kerja aku memerlukan aku travel merata2, jumpa ibu bapa pelajar. Penat plus rasa dah tak sanggup nak kejar ibu bapa untuk bayar yuran anak (padahal anak kat kolej bukan belajar sangat pon..main jer lebih) aku decide untuk tinggalkan kerja nie. Cukup lah 2 tahun, ada lah tu peluang aku kat syarikat lain... Aku berhenti kerja tanpa ada apa-apa tawaran. Rezeki Allah yang kasi, aku pasrah.....

But that's not the end of my career okay.... ada sambungan nyer lagi in the next entry...  See you!!!!!!