Background 1

Saturday, December 27, 2014

Pahala Yang Tidak Terhitung


"PAHALA YANG TIDAK TERHITUNG"


Maksudnya : " Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. "

(Surah Az-Zumar : 10)

Keterangan :

1. Ayat di atas menunjukkan kepada kita bahawa begitu banyaknya balasan yang akan diterima oleh mereka yang sabar hingga tidak dapat dihitung bilangannya. Itulah natijah daripada kekuatan jiwa orang yang mengerjakan suatu kebaikan atau meninggalkan suatu kejahatan dengan penuh kesabaran.

2. Orang yang paling baik akhlaknya ialah mereka yang memiliki sifat sabar dalam apa jua keadaan sekalipun, samada diuji dengan musibah yang membuatkannya marah dan rebah ataupun nikmat yang melimpah ruah.

3. Maka marilah kita mempertingkatkan kesabaran dengan sikap berprasangka baik serta berlapang dada agar tertutup pintu kemarahan atau rasa tidak sabar terhadap seseorang yang menguji kesabaran kita.

4. Keindahan dan kenikmatan sabar hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang melakukan ketaatan walaupun berat serta mereka yang dapat menahan diri daripada perbuatan keji dan munkar.

WALLAHU A`LAM.

Jangan Lalai & Leka


"JANGAN LALAI & LEKA"


Maksudnya : " Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha denganmu sehingga kamu mengikuti agama mereka. "

(Surah Al-Baqarah : 120)

Keterangan :

1. Ayat di atas menegaskan bahawa orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali meninggalkan kita dalam keadaan selesa sehinggalah kita mengikut mereka dan cara kehidupan mereka.

2. Yahudi dan Nasrani bukan sekadar memendamkan perasaan tidak rela kepada umat Islam di dalam hati mereka, bahkan melakukan usaha-usaha untuk memadamkan agama Allah dan menghancurkan umat Islam dengan melancarkan permusuhan ke atas umat Islam menerusi pelbagai kaedah samada secara zahir ataupun halus.

3. Sentiasalah berwaspada dengan cubaan Yahudi serta Nasrani untuk menyesatkan umat Islam pada masa kini, bukan hanya untuk diri sendiri, malahan anak-anak serta kaum keluarga. Marilah bersama kita kerahkan sepenuh tenaga dan usaha pada apa yang ditugaskan oleh Allah untuk mendapatkan redha-Nya semata-mata.

WALLAHU A`LAM.

Tambah Ilmu Pengetahuan


"TAMBAH ILMU PENGETAHUAN"


Dan katakanlah, " Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan. "

(Surah Taha : 114)

Keterangan :

1. Daripada ayat di atas, dapat kita fahami bahawa ilmu merupakan suatu perkara yang sangat penting malah perlu sentiasa dilazimi dan ianya mesti bertambah dari masa ke semasa seiring dengan pertambahan usia kita.

2. Sehinggakan Allah mengajar kepada kita doa untuk minta ditambahkan ilmu. Manusia yang hidup tanpa ilmu ibarat orang buta yang meredah padang pasir. Tiada halatuju dalam kehidupan, tiada sandaran dalam pegangan.

3. Justeru gunakanlah ruang dan peluang yang ada ini sementara masih berkeupayaan untuk menuntut ilmu Allah yang sangat luas di muka bumi ini. Carilah ilmu yang baik dan berguna agar dapat memberi manfaat kepada orang lain. Permudahkanlah urusan orang lain, insyaAllah moga-moga urusanmu pula dipermudahkan Allah.

WALLAHU A`LAM.

Sunday, December 7, 2014

Ibu, Pekerja & Pelajar

Aku memulakan perjalanan hidup menjadi seorang ibu, pekerja dan pelajar separuh masa ni lebih kurang 2 bulan yang lalu.. saat aku menulis entry nie, aku tengah menikmati cuti pertengahan semester seminggu... minggu depan dah mula mid term dan kemudian final untuk sem 1 pada Januari 2015.

Aku tak nafikan jadual aku agak padat.. opps bukan agak, memang padat...dah 2 bulan lah aku tak mengadap tv... mengadap komputer ngan buku jer... Siang aku  kerja, jadual kerja aku agak pack... masa bekerja memang tak sempat nk buat benda lain (sapa kata kerja bank senang... penat tau)... balik jer, aku akan cuba luangkan sedikit masa untuk anak-anak... tunggu sampai sikenit Afiq tu tidur dalam pukul 9/10 malam. Lepas yang kecik tido baru aku mula study atau buat assignment sampai jam 12 atau 1 pagi... itu rutin aku setiap hari kecuali aku terlalu penat..

Ada masa aku rasa nak give-up... belajar tapi rasa macam tak boleh nak jawab soalan exam (perasaan jer kot).. tapi alhamdulillah aku masih lagi boleh stay positif, aku usaha mana yang mampu... kalau tak dapat keputusan bagus macam zaman diploma dulu pon tak per.. aku redho... yang penting aku dah cuba..orang kata worth trying then do nothing kan??..

Aku amat hargai jasa dan pengorbanan suami dan mak yang banyak membantu aku uruskan anak-anak sepanjang aku belajar nie.. Banyak yang perlu aku dan keluarga perlu korbankan demi segulung ijazah.. Aku perlu berkorban memandangkan aku dah agak ketinggalan berbanding kawan-kawan masa diploma di UiTM dulu yang terus sambung ijazah.. 

Aku berharap agar aku mampu menjadi pendorong buat anak-anak aku belajar... bukan bermalas-malas. Orang kata nak anak rajin belajar, ibu dan ayah perlu ikut rajin... kalau ibu dan ayah rajin main game... tengok tv, agak-agak anak rajin ke nak belajar?? Aku cuba buka mata dan minda anak-anak aku, bahawa pelajaran itu penting walaupon dah berkerjaya..

Doakan aku terus kuat mengharungi perjalanan hidup aku sebagai Ibu, Pekerja dan Pelajar. "I'm proud to be who I am today regardless how painful my journey would be."

~Suzanna~

Aku Giler Nak Jadi Instant Video Director

Ini collection short video yang aku buat guna apps yang tersedia ada. Betapa canggih manggihnye lah teknologi zaman sekarang... dulu ado ker benda gini? mana nak ada ye tak.. Sekarang, nak buat apa? name it.. nak edit gambar jadi flawless...? boleh guna Camera 360... nak buat video...?  boleh guna imovie, meipai, replay, etc.... 


Yang nie aku buat guna REPLAY... recommended gak apps nie. Senang nk guna... Kalau tak berkenan korang boleh try flipgram.. boleh tahan gak hasil nyer...


Yang ni plak aku guna Meipai... klu REPLAY kita select dari picture dan insert caption kalau rajin... tapi Meipai ni special sikit, boleh select dari kite punye video collection dan apps akan auto cut dan convert ikut kesesuaian templet yang sedia ada...

Selamat Mencuba!!!


Afiq In Action

Aku baru jer diperkenalkan dengan satu apps baru, Meipai... user apps ni kebanyakan nyer Chinese.. apps ni pon dalam bahasa cina... But who cares man, janji senang nak guna.. i likoe sangat-sangat.

Pada yang rasa berminat nak cuba, apps ni available di Apps Store dan Play Store.. Try lah download and experience it...



Itu lambang apps Meipai yang aku ceritakan... and here clips hasil dari apps tersebut.



So, jangan lupa download tau... "now everyone can be a video director..."

Saturday, November 22, 2014

Farewell

Minggu ni adalah minggu terakhir ummu di Jabatan Pematuhan... huhuhu sedih... Ummu dah 3 tahun kat jabatan pematuhan dan sekarang nak beralih arah ke cawangan Kuala Berang yang bakal beroperasi pada Disember tahun nie...

Gambar kenangan dengan Ummu
Sempana meraikan kegembiraan Ummu dapat balik ke kampung halaman, kitorang pergi makan-makan. Macam biasalah, kalau farewell nak buat apa lagi kan, selain makan... hehehe...

Penuh Meja kan... 
Kitorang  bab makan ni memang suka sangatlah... terutama bila sedih kawan sekerja nak pindah kan... kesedihan dan makan tu kan sinonim... ye tak? 

Abaikan muka kami yang pucat lesi tue.. 
Untuk Ummu, akak doakan ummu berjaya di cawangan nanti. Harap cepat dapat jadi pengurus cawangan ye. Jangan pula lupakan akak kalau akak datang buat latihan AML/CFT kat cawangan Kuala Berang nanti. Kalau lupa, memang nak kena tolak dari tingkat 30 nie... hehehe... Wish you best of luck sis... Akak balik ganu nanti kita jumpe yer...

~suzanna~

Langkah Pertama


Menjadi seorang ibu satu pengalaman yang bermakna buat kaum wanita. Tambahan pula melihat anak sihat dan cergas kan... Kalaulah anak tu sakit sikit ibu lah orang yang risau, tak sanggup tengok anak yang dikandung dan dilahirkan tu menanggung kesakitan...

Pada aku, diantara saat yang paling berharga melihat langkah pertama anak aku... Sempat aku rakam langkah pertama anak bongsu aku (Afiq)... cuba tengok bertapa seronoknya dia dapat melangkah...


Ya Allah itu lah saat yang hampir membuatkan aku menitiskan air mata gembira... Harap langkah pertama itu menjadi satu permulaan dalam perjalanan nya yang masih panjang. Ibu akan tetap mendoakan kejayaan dan kebahagian anak-anak ibu.... Semoga Allah memberkati hidup kita sekeluarga.. Amin..

Majlis Makan Malam dan Anugerah Khidmat Setia Bank Rakyat 2014


Annual Dinner Bank Rakyat berlangsung pada 21 November 2014. Ini dinner pertama aku dengan Bank Rakyat.... dan ini juga kali pertama annual dinner Bank Rakyat di buat di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Berkembar Bank Rakyat... Dewan yang bertaraf hotel 5 bintang di dalam bangunan milik Bank... itu satu kebanggaan pada kami sebagai warga kerja...

Suasana Dalam Dewan Tun Abdul Razak

Opening Dinner malam tu memang grand... kena dengan tema dinner tahun ni "Jubli Intan"... Pada yang tak tahu, tahun ni bank rakyat menyambut ulangtahun yang ke-60. Klu manusia, dah kira uzur kan... tapi Bank Rakyat tetap utuh dan gah... Alhamdulillah..

Kami berposing dalam dewan...
 Dinner malam tu dia acarakan oleh Fahrin Ahmad.. (berebut diorg nk bergambar dgn Fahrin uollls) dan persembahan oleh papa rock Ramli Sarip. Satu dewan enjoy and sing along with him... suara dia tetap maintain walau dah berusia... 

Ada penyampaian anugerah Khidmat setia Bank Rakyat, untuk warga kerja yang telah berkhidmat selama 25 tahun dan 30 tahun... itu kira senior2 Bank a.k.a otai... Dan macam biasa org akan tunggu "CABUTAN BERTUAH" tapi malangnya aku tak berapa bertuah malam tue... Grand Price Pakej Umrah tu hanya mampu aku panjang... huhuhu (tak pa tahun depan ada lagi)...

Bergambar dengan Staff Pematuhan di luar Dewan
Kami semua memang terhibur dan rasa dihargai oleh pihak pengurusan Bank... jadi to all apa lagi jadikan lah Bank Rakyat Bank Pilihan Anda... Perbankan Islam dan patuh shariah...

~suzanna~

Monday, November 10, 2014

My Favourite Game....


Tetiba lak ada idea nak cerita pasal game favourite aku... Ha aku tak nampak macam kaki main game kan? tapi korang silap... itu hobi aku dulu, sebelum aku sambung belajar.. sekarang dh sambung belajar, aku dh kurang mengadap phone @ ipad untuk main game... Masa yang aku ada kena dibahagikan utk anak-anak dan study...

Back to isu game tadi... aku punyer most favourite game "Ace Fishing"... Game memancing, mula dengan memancing pesisir pantai, then pindah ke tasik... terus ke laut dalam.. 

Ace Fishing

Hasil tangkapan pon real... puas hati main game nie.. rasa betul2 mcm pergi memancing...yang sakit hati satu jer, bila ikan terlepas... kena plak kalau ikan besar... ikan tu semua kita boleh simpan kat dlm tangki... bila dah cukup matang, baru jual dengan harga yang lumayan. Hasil jualan ikan tadi, boleh digunakan untuk membeli joran, mata kail atau umpan. Dekat rumah nie... setiap gadget ada install game nie... itu menunjukkan tahap kegilaan kami terhadap game nie. Satu family addicted. Highly recommended game nie khas buat pemancing tegar... boleh lah kalau nak lepaskan gian gi memancing kan... hehehe...

Satu lagi game yang aku suke.. "The Voice"...Game karok ala-ala rancangan the voice yang kat tv tue... nie pon recommended gak.. untuk org yang suka karok macam aku... walaupon suara aku tak sedap mana... kalau sedap dah lama aku join AF.. hehehe kan??

The Voice - Karok sampai lebam
Korang boleh beli lagu mana yang korang nak... dan nyanyi ikut notes... lagi banyak notes yang korang sampai... lagi cepat kerusi pengadil tu bertukar hijau... ada 4 kerusi semuanya.. klu keempat-empat kerusi hijau... korang memang layak masuk AF.. Confirm menang.. Lepas nyanyi satu track, korang akan dpt duit.. based on notes yg korang achieve lah.. duit tu korang boleh buat beli track/lagu lain... 

Pada yang berminat nak cuba game yang aku nyatakan tadi... korang boleh download secara percuma di Apps Store atau Play Store... Selamat bergaming semua...

~suzanna~

Alert - Jangan Terpedaya

Assalamualaikum,
Bagi melengkapkan keperluan blog aku nak share satu info dengan semua pasal akaun tumpang atau mule account. Tahu tak, bahawa akaun bank kita boleh dijadikan sebagai akaun tumpang bagi memperdayakan mangsa-mangsa penipuan perbankan? 

Pernah tak anda dengar atau menerima panggilan dari private number yang menyatakan bahawa akaun bank anda @ perbankan internet anda @ credit card anda mengalami masalah? AWAS itu satu penipuan... Pihak Bank atau Pihak Bank Negara tidak akan sesekali menghubungi anda untuk memaklumkan bahawa akaun anda bermasalah dan meminta anda memindahkan sejumlah wang ke akaun yang lain. (Apa korang ingat orang kerja Bank @ Bank Negara tu dah tak de kerja lain nak buat? tak de masa nye diorg nk baik hati call korang semata-mata nk inform akaun korang ada masalah).

JANGAN respon terhadap permintaan atau panggilan telefon sebegini... itu adalah cubaan untuk mendapatkan maklumat perbankan anda dan lebih sedih lagi... cubaan untuk mengosongkan akaun bank anda. 

INGAT... jangan terpedaya dengan ganjaran hadiah berupa wang yang dihantar melalui emel atau sms... Itu pun cubaan untuk menipu anda... Mereka akan minta anda memindahkan sejumlah wang ke satu nombor akaun yg dinyatakan... At the end... no winning money, yang ada losing money....

Macam mana penipu-penipu ni beroperasi? Dipercayai kumpulan ini bukan berasal dari Malaysia.. mereka menghantar ejen-ejen mereka untuk mencari sesiapa yang rela nama mereka digunakan untuk membuka akaun di mana-mana bank. Pembuka akaun tumpang ini akan diberi upah dari RM50 - RM100 untuk satu akaun yang dibuka dengan syarat akaun tersebut hendaklah disertakan dengan ATM card. Card tersebut akan diserahkan kepada ejen-ejen. Apabila ada mangsa yang berjaya diperdaya, mereka akan melakukan pengeluaran melalui ATM dengan kadar segera. 

Satu-satu akaun tumpang akan digunakan selama 1 ke 2 bulan sahaja bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa @ pihak bank. Siapakah target ejen-ejen ini untuk membuka akaun tumpang? Pelajar IPTA, Pengganggur atau surirumah.... Tahukah anda, sebagai pemilik akaun, anda bertanggungjawab ke atas akaun milik anda... Jika kegiatan melalui penipuan melalui akaun anda dikesan, andalah yang bakal disumbat ke penjara... Berbaloikah dengan upah untuk membuka akaun sebanyak RM50, anda dihadapkan kemuka pengadilan. Master mind penipuan akan kekal bebas... 

BERHATI-HATI dengan sebarang bentuk penipuan... jangan jadikan diri anda sebagai mangsa penipuan perbankan atau sebagai pemunya akaun tumpang...

Semoga bermanfaat

~suzanna~

Berpakaian Tapi Telanjang


Sekali Lagi, ada sedikit ilmu yang aku kutip dari Jabatan Shariah di syarikat aku yang boleh kita renungkan.. semoga bermanfaat...


" Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat:
[1] Suatu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor lembu untuk memukul manusia (penguasa yang zalim);
[2] Para wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. Wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan baunya dapat tercium selama perjalanan sekian dan sekian. "

(HR Muslim no. 2128)

Keterangan :

1. Imam An-Nawawi dalam Syarh Muslim ketika menjelaskan hadis di atas mengatakan bahawa makna ÙƒَاسِÙŠَاتٌ Ø¹َارِÙŠَاتٌ(berpakaian tetapi telanjang) adalah seperti berikut:

i) Wanita yang diberikan nikmat oleh Allah, namun enggan bersyukur kepada-Nya.

ii) Wanita yang mengenakan pakaian, namun kosong dari amalan kebaikan dan tidak mahu mengutamakan akhiratnya serta enggan melaksanakan ketaatan kepada Allah.

iii) Wanita yang menyingkap sebahagian anggota tubuhnya, dan sengaja menampakkan keindahan tubuhnya turut termasuk dalam golongan wanita yang berpakaian tetapi telanjang.

iv) Wanita yang memakai pakaian nipis sehingga nampak di bahagian dalam tubuhnya. Wanita tersebut berpakaian, namun sebenarnya telanjang.

2. Ketahuilah saudaraku, kita berpakaian adalah kerana mencari redha Allah, bukan kerana pujian manusia. Allah itu cantik dan sukakan kepada sesuatu yang cantik. Semoga kita dapat memperbaiki cara kita berpakaian agar selari dengan tuntutan Syariah.

WALLAHU A`LAM.

Monday, November 3, 2014

"Majulah Sukan Untuk Negara"

Pahang Juara Piala Malaysia...Tahniah kepada Team Tok Gajah..

Seriously, aku langsung tak minat bola... bila orang dok cerita pasal bola, aku nganga... nak mencelah kang salah info pulak.. setakat tahu sapa menang sapa kalah, begitulah limited nya ilmu aku dlm bidang sepak menyepak bola nie kan.. 

Dulu masa arwah ayah ada, aku layan lah jugak bola sikit-sikit... tapi bukan bola sepak Malaysia... Arwah ayah peminat tegar liverpool.. memandangkan aku jer anak yang ayah ada.. aku terpaksa lah teman ayah tengok bola malam-malam.. tengok bola dengan arwah ayah best... dia rajin jawab soalan-soalan budus aku pasal bola... hehehe cuba kalau aku buat macam tu ngan en suami... tak da makna nye dia nak layan.. hehehe...


Apa yang paling aku ingat pasal liverpool ni... tag line dia... Lepas ayah meninggal, aku dah tak ambil peduli lagi pasal bola.. pasal liverpool.. huhuhu...


Aku memang jenis tak suka bersukan.. tapi aku layan aktiviti lasak yang lain, mcm jungle tracking, flying fox, cave exploring.... aku pandai main badminton ngan bowling jer... nk suruh berfutsal ker, bola jaring ker... bola tampar ker.. memang tidak lah... hehehe

Tapi apa yang aku perasan.. Bola Sepak Malaysia memang suram... Pemain lebih banyak terpalit dengan kontrovesi berbanding mutu dan quality corak permainan... tak lah kata diorg ni nak kejar glamor... tapi they should be more focus on their career. Itu hanyalah pandangan peribadi aku.. Majlis Sukan Negara lebih arif pasal perancangan dan arah tuju sukan Malaysia, Bola Sepak khususnya dan sukan yang lain am nya...

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!"

~suzanna~