Sekali Lagi, ada sedikit ilmu yang aku kutip dari Jabatan Shariah di syarikat aku yang boleh kita renungkan.. semoga bermanfaat...
" Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat:
[1] Suatu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor lembu untuk memukul manusia (penguasa yang zalim);
[2] Para wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. Wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan baunya dapat tercium selama perjalanan sekian dan sekian. "
(HR Muslim no. 2128)
Keterangan :
1. Imam An-Nawawi dalam Syarh Muslim ketika menjelaskan hadis di atas mengatakan bahawa makna كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ(berpakaian tetapi telanjang) adalah seperti berikut:
i) Wanita yang diberikan nikmat oleh Allah, namun enggan bersyukur kepada-Nya.
ii) Wanita yang mengenakan pakaian, namun kosong dari amalan kebaikan dan tidak mahu mengutamakan akhiratnya serta enggan melaksanakan ketaatan kepada Allah.
iii) Wanita yang menyingkap sebahagian anggota tubuhnya, dan sengaja menampakkan keindahan tubuhnya turut termasuk dalam golongan wanita yang berpakaian tetapi telanjang.
iv) Wanita yang memakai pakaian nipis sehingga nampak di bahagian dalam tubuhnya. Wanita tersebut berpakaian, namun sebenarnya telanjang.
2. Ketahuilah saudaraku, kita berpakaian adalah kerana mencari redha Allah, bukan kerana pujian manusia. Allah itu cantik dan sukakan kepada sesuatu yang cantik. Semoga kita dapat memperbaiki cara kita berpakaian agar selari dengan tuntutan Syariah.
WALLAHU A`LAM.
No comments:
Post a Comment