Bagi melengkapkan keperluan blog aku nak share satu info dengan semua pasal akaun tumpang atau mule account. Tahu tak, bahawa akaun bank kita boleh dijadikan sebagai akaun tumpang bagi memperdayakan mangsa-mangsa penipuan perbankan?
Pernah tak anda dengar atau menerima panggilan dari private number yang menyatakan bahawa akaun bank anda @ perbankan internet anda @ credit card anda mengalami masalah? AWAS itu satu penipuan... Pihak Bank atau Pihak Bank Negara tidak akan sesekali menghubungi anda untuk memaklumkan bahawa akaun anda bermasalah dan meminta anda memindahkan sejumlah wang ke akaun yang lain. (Apa korang ingat orang kerja Bank @ Bank Negara tu dah tak de kerja lain nak buat? tak de masa nye diorg nk baik hati call korang semata-mata nk inform akaun korang ada masalah).
JANGAN respon terhadap permintaan atau panggilan telefon sebegini... itu adalah cubaan untuk mendapatkan maklumat perbankan anda dan lebih sedih lagi... cubaan untuk mengosongkan akaun bank anda.
INGAT... jangan terpedaya dengan ganjaran hadiah berupa wang yang dihantar melalui emel atau sms... Itu pun cubaan untuk menipu anda... Mereka akan minta anda memindahkan sejumlah wang ke satu nombor akaun yg dinyatakan... At the end... no winning money, yang ada losing money....
Macam mana penipu-penipu ni beroperasi? Dipercayai kumpulan ini bukan berasal dari Malaysia.. mereka menghantar ejen-ejen mereka untuk mencari sesiapa yang rela nama mereka digunakan untuk membuka akaun di mana-mana bank. Pembuka akaun tumpang ini akan diberi upah dari RM50 - RM100 untuk satu akaun yang dibuka dengan syarat akaun tersebut hendaklah disertakan dengan ATM card. Card tersebut akan diserahkan kepada ejen-ejen. Apabila ada mangsa yang berjaya diperdaya, mereka akan melakukan pengeluaran melalui ATM dengan kadar segera.
Satu-satu akaun tumpang akan digunakan selama 1 ke 2 bulan sahaja bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa @ pihak bank. Siapakah target ejen-ejen ini untuk membuka akaun tumpang? Pelajar IPTA, Pengganggur atau surirumah.... Tahukah anda, sebagai pemilik akaun, anda bertanggungjawab ke atas akaun milik anda... Jika kegiatan melalui penipuan melalui akaun anda dikesan, andalah yang bakal disumbat ke penjara... Berbaloikah dengan upah untuk membuka akaun sebanyak RM50, anda dihadapkan kemuka pengadilan. Master mind penipuan akan kekal bebas...
BERHATI-HATI dengan sebarang bentuk penipuan... jangan jadikan diri anda sebagai mangsa penipuan perbankan atau sebagai pemunya akaun tumpang...
Semoga bermanfaat
~suzanna~
No comments:
Post a Comment